Powered By Blogger

Wednesday 11 May 2011

BANDAR TERDINGIN DI DUNIA

5 Kota Terdingin Di Dunia

Posted on the May 11th, 2011 under Info menarik by Syedz
[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook
Yakutsk,Rusia dengan suhu -45,9C (51 F) dan boleh mencapai -71.2C (-96.2 F).

Oymyakon, Russia denga suhu -41.2 C (42.0 F) dan boleh mencapai 65.4 C (86 F)

Verkhoyansk, Russia dengan suhu -40 C (40 F) dan boleh mencapai 69.8 C (93.6 F)

Barrow, Alaska, USA dengan suhu -20.1 C (29.0 F) dan boleh mencapai -53.0 C (47.0 F).

Harbin,Siberia dengan suhu 16,8C dan boleh mencapai 38.1C.

komsas tingkatan 4-pelayaran yang penuh peristiwa

Pelayaran Yang Penuh Peristiwa


Tema 

Cerita ini mengemukakan tema kehebatan dan keistimewaan Awang Sulung Merah Muda. Beliau mampu mengharungi pelbagai rintangan sepanjang pelayarannya ke tanah Jawa.

Persoalan

Serangan lanun yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi.
Dugaan semasa pelayaran seperti serangan lanun dan juga tipu helah anak kapal.
Sikap suka berjudi masyarakat zaman dahulu termasuk golongan bangsawan.
Sikap berhati-hati dan menghormati tempat yang dilawati. Nakhoda Tua telah berhati-hati agar tidak melanggar adat sewaktu berlabuh di negeri Terengganu.
Raja bertindak tanpa terlebih dahulu menyelidik sama ada sesuatu berita itu benar atau palsu.
Watak dan Perwatakan
Awang Sulung Merah Muda

Awang Sulung adalah anak kepada Tuanku Si Helang Laut dan cucu kepada Si Helang Mawai.
Awang Sulung Merah Muda menyamar sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Awang Sulung merendah diri. Baginda tidak menunjuk-nunjuk kelebihan dan kesaktian yang dimilikinya.
Awang Sulung berwajah tampan hingga menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan Si Kembang Cina terpikat padanya.
Awang Sulung memiliki keris dan pedang sakti.
Awang Sulung memiliki pelbagai kesaktian seperti:
Menenangkan air laut yang bergelora
Tidak perlu memegang kemudi sewaktu belayar
Menukar air masin kepada air manis

Awang Sulung berkahwin dengan Puteri Dayang Seri Jawa.
Awang Sulung pandai berpantun.
Awang Sulung suka bersabung ayam.

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa ialah anak kepada Tuanku Nakhoda Tua.
Tuan Puteri jatuh hati kepada Awang Sulung.
Tuan Puteri terlalu mengikut perasaan dan dan sanggup terjun ke laut apabila Awang Sulung berhasrat untuk balik ke Bandar Mengkalih.
Tuan Puteri adalah seorang yang bijaksana dan bertegas untuk membantah pendapat ayahnya yang terpengaruh dengan tipu daya jurumudi.

Si Kembang Cina

Si Kembang Cina adalah orang suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Si Kembang Cina taat kepada perintah Tuan Puteri.
Beliau juga pandai memujuk Awang Sulung.
Si Kembang Cina bersubahItalicat dengan jurumudi untuk menganiayai Awang Sulung.

Tuanku Nakhoda Tua
Tuanku Nakhoda Tua adalah ayahanda kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Banginda mudah percaya akan percakapan orang.
Baginda kesal akan kesilapannya memandang rendah kebolehan Awang Sulung.
Baginda menepati janjinya untuk mengahwinkan kepada sesiapa yang dapat menyelamatkan pelayarannya dengan puteri baginda sendiri.

Jurumudi

Jurumudi pandai menipu dengan mendakwa bahawa beliau yang menyelamatkan geliung daipada amukan Tuan Pueri Dayang Nuramah dan lanun.
Jurumudi bercita-cita untuk mengahwini Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Beliau berasa iri hati apabila Awang Sulung mendapat perhatian Tuan Puteri Seri Jawa.
Jurumudi adalah seorang pengecut apabila beliau lari sewaktu diserang lanun.


Latar Tempat
Di dalam geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Di Pulau Tapai
Di Pulau Salah Nama
Di Negeri Pati Talak Terengganu

Latar Masyarakat

Masyarakat golongan bangsawan.
Masyarakat golongan bawahan yang bekerja untuk raja. Misalnya anak-anak kapal geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Masyarakat yang taat kepada pemerintah seperti kepada arahan Tuan Puteri.
Masyarakat lanun yang suka merompak.
Masyarakat yang suka berjudi seperti menyambung ayam.
Masyarakat yang kuat mengamalkan adat resam.

Nilai Murni

Nilai berani. - Awang Sulung berani menentang lanun semasa pelayarannya.
Nilai merendah diri – Awang Sulung sanggup menyamar sebagai budak hitam yang layak menjadi penunggu reban dan penghalau ayam sahaja.
Nilai bijaksana – Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak kapal semasa dalam pelayaran.

KOMSAS TINGKATAN 4-PELAYARAN PENUH PERISTIWA (SINOPSIS)


PELAYARAN PENUH PERISTIWA (SINOPSIS)
Untuk pengetahuan calon SPM, ketika menelaah Prosa Klasik , anda hanya perlu mengetahui keseluruhan cerita sahaja, iaitu Sinopsis sahaja manakala  komsas boleh diabaikan kerana soalan komsas seperti tema, nilai, persoalan dan sebagainya tidak akan diuji dalam peperiksaan SPM.  Dalam Soalan 3 (c) -Prosa Klasik, calon hanya diuji pemahaman terhadap petikan itu dan satu soalan KBKK. Lantaran semua pelajar hanya perlu memahami petikan Prosa Klasik itu dan mengkaji soalan-soalan yang menguji KBKK sahaja.  Atas permintaan pelajar, cikgu cuba menghuraikan sinopsis Prosa Klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa dalam buku Antologi Tingkatan Empat 2010.
Sinopsis Prosa klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa (Tingkatan Empat 2010)
Dalam  antologi Harga Remaja, Prosa klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa, watak utama Awang Sulung Merah Muda sebagai anak raja telah menyamar sebagai budak hitam yang comot sehingga dipandang hina oleh Tuanku Nakhoda Tua. Ketika dilanda ombak yang bergelora, seisi geliung (kapal) telah mabuk dan jatuh pengsan. Anak Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah meminta dayangnya Si Kembang Cina pergi memanggil Awang Sulung Merah untuk mengemudikan geliung itu. Atas bantuan Awang Sulung Merah,  geliung itu dapat diselamatkan .
Setelah tiga hari kemudian , ketika  laut sudah tenang, jurumudi di geliung itu telah sedar lalu mencabut kerisnya dan menikam seekor ayam . jurumudi itu menunjukkan keris yang berdarah kepada Tuanku Nakhoda Tua lalu mengatakan bahawa dialah yang menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua yang baru sedar daripada  mabuk itu turut mempercayai jurumudi itu dan berjanji jika geliung itu selamat tiba di tanah Jawa, puterinya akan dikahwinkan kepada orang yang menyelamatkan geliung itu.
Beberapa hari kemudian, anak kapal diminta mengambil air dan kayu api.  Anak kapal lain telah pergi ke pulau untuk mengambil air dan kayu bakau. Sebaliknya Awang Sulung Merah telah berkayuh ke tengah laut untuk mengambil air laut dan membawa balik batang nipah. Setelah itu Tuan Puteri minum air laut itu dan mendapati bahawa air yang masin itu telah bertukar menjadi air yang manis.
Tuanku Nakhoda Tua menghimpun semua anak kapal lalu mengumumkan bahawa sesiapa yang berjaya menyelamatkan  baginda, puteri baginda dan geliung itu daripada bajak (lanun) ketika meredah kawasan Laut Sekona Lingga itu dikahwinkan dengan puteri baginda .
Ketika melintasi perairan Pulau Salah Nama, kumpulan lanun telah menyerang geliung itu. Semua anak kapal telah melarikan diri untuk menyelamatkan diri sendiri.  Tuan Puteri menyuruh Si Kembang Cina untuk meminta  bantuan Awang Sulung Merah. Awang Sulung Merah merajuk. Tuan Puteri pun menyuruh Si Kembang Cina menyediakan air limau dan sabun kepada Awang Sulung Merah. Setelah mandi, Awang Sulung Merah kelihatan kacak dan berseri-seri.  Ketika lanun ternampak Awang Sulung Merah mereka mengenali penghulu mereka lalu meminta ampu. Semua lanun telah menyerahkan semua dinar emas kepada Awang Sulung Merah untuk melangsaikan hutang kepada Datuk Batin Alam.  Semua lanun pun undur dari situ.
Sekali lagi jurumudi itu mencabut kerisnya dan menikam ayam lalu mengatakan bahawa dialah yang mengalahkan bajak  dan menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua berasa gembira lalu hendak mengahwinkan Puteri  Dayang Seri Jawa dengan jurumudi itu. Tuan Puteri memarahi ayahandanya lalu menjelaskan keadaan yang sebenarnya.  Akhirnya Tuanku Nakhoda Tua  mengadakan kenduri secara besar-besaran dan mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Awang Sulung Merah.
Setelah beberapa ketika kemudian, geliung itu pun belayar hingga Negeri Pati Talak Terengganu.  Bujang Selamat telah dititahkan oleh baginda untuk bertanya tentang tujuan kedatangan rombongan Awang Sulung Merah.  Atas keizinan isteri, Awang Sulung Merah dan anak buah pun diundang ke istana Negeri Pati Talak Terengganu. Awang Sulung Merah dijemput bertaruh dalam sabung ayam. Setelah Awang Sulung Merah berseru-seru, ayam baginda Kinantan Suci telah berjaya menewaskan ayam Bujang Selamat.

komsas tingkatan 4-pantun empat kerat (BUDI)

Pantun Empat Kerat (BUDI)
1) Maksud
Rangkap 1: Sekiranya kita tidak mengenang budi, nama baik kita juga tidak akan disebut.

Rangkap 2: Adat di dunia telah membuktikan bahawa manusia berbudi meninggalkan nama selepas mati.

Rangkap 3: Walaupun budi yang sedikit, namun budi sedikit ini tidak akan hilang dan tetap dikenangi.

Rangkap 4: Budi orang yang kita terima ibarat hutang seribu tahun.

2) Tema: budi yang baik akan dikenangi orang.

3) Persoalan: Jika kita tidak mengenang budi, nama baik kita juga tidak akan diingati / sudah menjadi adat dunia bahawa orang yang mati akan meninggalkan nama / budi yang diterima akan menjadi kenangan selama-lamanya / budi walaupun sedikit tetap diingati pada bila-bila masa.

4) Gaya Bahasa
a) sinkof (perkataan singkat) "tak"
b) anafora (pengulangan kata) "anak" pada beberapa baris

5) Nilai Murni
a) Mengenang budi - orang yang berbudi akan diingati sehingga ke dunia akhirat
b) Berterima kasih 

6) Pengajaran
a) Kita perlu berterima kasih terhadap orang yang berbudi kepada kita.
b) Kita mesti mengenang budi baik seseorang walaupun sedikit.



Latihan:
1. Apakah maksud dengan rangkap pantu "Budi sedikit bila kan hilang; Itu menjadi kenang-kenangan"? (2 markah)

2. Pada pendapat anda, mengapa kita perlu berbudi baik kepada orang lain? (4 markah)

3. Huraikan gaya bahasa yang digunakan oleh penyair terhadap pantun Budi. (3 markah)

4. "Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggalkan nama" Apakah maksud dengan rangkap pantun ini? (2 markah)

5. Pada pendapat anda, bagaimana kita boleh membalas budi terhadap orang yang berbudi kepada kita? (3 markah)

Selamat menjawab. Ilmu kunci kejayaan!