Powered By Blogger

Monday 13 June 2011

kalimah Allah

kalimah Allah
cuba anda lihat tiga titik di tengah-tengah kalimah Allah ini selama sepuluh saat,kemudian lihat di dinding kosong berhanpiran anda selama sepuluh saat,anda akan kalimah Allah berada di depan anda,subhanallah..

Menara Jam terbesar di Makkah

Surah Al-Baqarah( Ayat 125 -126 ):
“Dan( ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah( Ka’abah ) tempat berkumpul dan tempat aman bagi manusia. Dan jadikanlah maqam Ibrahim itu tempat solat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail, “Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, orang yang iktikaf, orang yang ruku’ dan orang yang sujud!” ( ayat 125 ).
Dan( ingatlah ), ketika Ibrahim berdoa, “Ya Tuhanku, jadikanlah( negeri Mekah ) ini negeri yang aman dan berilah rezeki berupa buah-buahan kepada penduduknya, iaitu di antara mereka yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,” Dia( Allah ) berfirman, “Dan kepada orang yang kafir akan Aku beri kesenangan sementara, kemudian, akan Aku paksa dia ke dalam azab dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.”( ayat 126 )
Kini  Mekah di mana merupakan lokasi Ka’abah didirikan menjadi tempat yang aman, penuh barakah dan direzekikan dengan pelbagai jenis buah-buahan. Walaupun ketika itu, ternyata lokasi tersebut adalah kering kontang dan tidak mungkin terdapatnya manusia dan tanam-tanaman, namun berkat doa Nabi Ibrahim, ia telah dimakbulkan Allah. Ini terbukti dengan kedatangan manusia saban hari ke bumi Mekah terutama untuk beribadat haji dan umrah serta pelbagai jenis buah-buahan yang dapat kita nikmati sehingga ke hari ini. Apa sahaja buah-buahan….kini, ada sahaja di Mekah.
Subhanallah…
Jam terbesar di dunia akan berada di Makkah, Arab Saudi.
Umat Islam seluruh dunia boleh merujuk waktu di negara masing-masing apabila jam terbesar di dunia akan mula berdetik di menara bangunan pencakar langit di Makkah.
Menara jam yang dibina di bangunan kedua tertinggi di dunia itu akan menjadikan Makkah sebagai rujukan waktu standard dunia berbanding waktu median Greenwich.
Arab Saudi akan melakukan ujian terhadap apa yang disifatkannya sebagai menara jam terbesar di dunia di Tanah Suci Makkah sepanjang bulan Ramadan ini.
Menara jam empat muka berkenaan akan menjadi pencakar langit tertinggi di negara itu apabila siap dengan ketinggian kira-kira 600 meter, menjadikan ia sebagai bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.
Jam berkenaan juga bakal menenggelamkan Big Ben di London yang pernah menjadi menara jam empat muka terbesar dunia, dengan jarumnya dikatakan lima kali lebih besar.
Dan ditulis dengan kalimah ALLAH di atasnya akan diterangi dua juta cahaya LED.
Dengan garis pusatnya berukuran 40 meter, jam Arab Saudi itu juga adalah lebih besar berbanding jam di Cevahir Mall di Istanbul yang mempunyai ukuran muka 36 meter pada bumbung telus cahaya di kompleks beli-belah Turki berkenaan.
Turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijua yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan  bagi lima waktu solat fardu.
Kompleks jam di Makkah yang direka jurutera Jerman dan Swiss membabitkan projek bernilai $800 juta (RM2.56 bilion) akan menghadap Kaabah yang menjadi tumpuan seluruh umat Islam di seluruh dunia ketika mereka mengerjakan solat lima waktu setiap hari dan menjadi sebahagian usaha Arab Saudi membangunkan bandar raya yang dilawati berjuta jemaah haji setiap tahun.
Tempoh ujian selama tiga bulan menara jam itu akan bermula pada minggu pertama Ramadan.

Wednesday 11 May 2011

BANDAR TERDINGIN DI DUNIA

5 Kota Terdingin Di Dunia

Posted on the May 11th, 2011 under Info menarik by Syedz
[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook
Yakutsk,Rusia dengan suhu -45,9C (51 F) dan boleh mencapai -71.2C (-96.2 F).

Oymyakon, Russia denga suhu -41.2 C (42.0 F) dan boleh mencapai 65.4 C (86 F)

Verkhoyansk, Russia dengan suhu -40 C (40 F) dan boleh mencapai 69.8 C (93.6 F)

Barrow, Alaska, USA dengan suhu -20.1 C (29.0 F) dan boleh mencapai -53.0 C (47.0 F).

Harbin,Siberia dengan suhu 16,8C dan boleh mencapai 38.1C.

komsas tingkatan 4-pelayaran yang penuh peristiwa

Pelayaran Yang Penuh Peristiwa


Tema 

Cerita ini mengemukakan tema kehebatan dan keistimewaan Awang Sulung Merah Muda. Beliau mampu mengharungi pelbagai rintangan sepanjang pelayarannya ke tanah Jawa.

Persoalan

Serangan lanun yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi.
Dugaan semasa pelayaran seperti serangan lanun dan juga tipu helah anak kapal.
Sikap suka berjudi masyarakat zaman dahulu termasuk golongan bangsawan.
Sikap berhati-hati dan menghormati tempat yang dilawati. Nakhoda Tua telah berhati-hati agar tidak melanggar adat sewaktu berlabuh di negeri Terengganu.
Raja bertindak tanpa terlebih dahulu menyelidik sama ada sesuatu berita itu benar atau palsu.
Watak dan Perwatakan
Awang Sulung Merah Muda

Awang Sulung adalah anak kepada Tuanku Si Helang Laut dan cucu kepada Si Helang Mawai.
Awang Sulung Merah Muda menyamar sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Awang Sulung merendah diri. Baginda tidak menunjuk-nunjuk kelebihan dan kesaktian yang dimilikinya.
Awang Sulung berwajah tampan hingga menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan Si Kembang Cina terpikat padanya.
Awang Sulung memiliki keris dan pedang sakti.
Awang Sulung memiliki pelbagai kesaktian seperti:
Menenangkan air laut yang bergelora
Tidak perlu memegang kemudi sewaktu belayar
Menukar air masin kepada air manis

Awang Sulung berkahwin dengan Puteri Dayang Seri Jawa.
Awang Sulung pandai berpantun.
Awang Sulung suka bersabung ayam.

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa ialah anak kepada Tuanku Nakhoda Tua.
Tuan Puteri jatuh hati kepada Awang Sulung.
Tuan Puteri terlalu mengikut perasaan dan dan sanggup terjun ke laut apabila Awang Sulung berhasrat untuk balik ke Bandar Mengkalih.
Tuan Puteri adalah seorang yang bijaksana dan bertegas untuk membantah pendapat ayahnya yang terpengaruh dengan tipu daya jurumudi.

Si Kembang Cina

Si Kembang Cina adalah orang suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Si Kembang Cina taat kepada perintah Tuan Puteri.
Beliau juga pandai memujuk Awang Sulung.
Si Kembang Cina bersubahItalicat dengan jurumudi untuk menganiayai Awang Sulung.

Tuanku Nakhoda Tua
Tuanku Nakhoda Tua adalah ayahanda kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Banginda mudah percaya akan percakapan orang.
Baginda kesal akan kesilapannya memandang rendah kebolehan Awang Sulung.
Baginda menepati janjinya untuk mengahwinkan kepada sesiapa yang dapat menyelamatkan pelayarannya dengan puteri baginda sendiri.

Jurumudi

Jurumudi pandai menipu dengan mendakwa bahawa beliau yang menyelamatkan geliung daipada amukan Tuan Pueri Dayang Nuramah dan lanun.
Jurumudi bercita-cita untuk mengahwini Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Beliau berasa iri hati apabila Awang Sulung mendapat perhatian Tuan Puteri Seri Jawa.
Jurumudi adalah seorang pengecut apabila beliau lari sewaktu diserang lanun.


Latar Tempat
Di dalam geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Di Pulau Tapai
Di Pulau Salah Nama
Di Negeri Pati Talak Terengganu

Latar Masyarakat

Masyarakat golongan bangsawan.
Masyarakat golongan bawahan yang bekerja untuk raja. Misalnya anak-anak kapal geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Masyarakat yang taat kepada pemerintah seperti kepada arahan Tuan Puteri.
Masyarakat lanun yang suka merompak.
Masyarakat yang suka berjudi seperti menyambung ayam.
Masyarakat yang kuat mengamalkan adat resam.

Nilai Murni

Nilai berani. - Awang Sulung berani menentang lanun semasa pelayarannya.
Nilai merendah diri – Awang Sulung sanggup menyamar sebagai budak hitam yang layak menjadi penunggu reban dan penghalau ayam sahaja.
Nilai bijaksana – Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak kapal semasa dalam pelayaran.

KOMSAS TINGKATAN 4-PELAYARAN PENUH PERISTIWA (SINOPSIS)


PELAYARAN PENUH PERISTIWA (SINOPSIS)
Untuk pengetahuan calon SPM, ketika menelaah Prosa Klasik , anda hanya perlu mengetahui keseluruhan cerita sahaja, iaitu Sinopsis sahaja manakala  komsas boleh diabaikan kerana soalan komsas seperti tema, nilai, persoalan dan sebagainya tidak akan diuji dalam peperiksaan SPM.  Dalam Soalan 3 (c) -Prosa Klasik, calon hanya diuji pemahaman terhadap petikan itu dan satu soalan KBKK. Lantaran semua pelajar hanya perlu memahami petikan Prosa Klasik itu dan mengkaji soalan-soalan yang menguji KBKK sahaja.  Atas permintaan pelajar, cikgu cuba menghuraikan sinopsis Prosa Klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa dalam buku Antologi Tingkatan Empat 2010.
Sinopsis Prosa klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa (Tingkatan Empat 2010)
Dalam  antologi Harga Remaja, Prosa klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa, watak utama Awang Sulung Merah Muda sebagai anak raja telah menyamar sebagai budak hitam yang comot sehingga dipandang hina oleh Tuanku Nakhoda Tua. Ketika dilanda ombak yang bergelora, seisi geliung (kapal) telah mabuk dan jatuh pengsan. Anak Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah meminta dayangnya Si Kembang Cina pergi memanggil Awang Sulung Merah untuk mengemudikan geliung itu. Atas bantuan Awang Sulung Merah,  geliung itu dapat diselamatkan .
Setelah tiga hari kemudian , ketika  laut sudah tenang, jurumudi di geliung itu telah sedar lalu mencabut kerisnya dan menikam seekor ayam . jurumudi itu menunjukkan keris yang berdarah kepada Tuanku Nakhoda Tua lalu mengatakan bahawa dialah yang menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua yang baru sedar daripada  mabuk itu turut mempercayai jurumudi itu dan berjanji jika geliung itu selamat tiba di tanah Jawa, puterinya akan dikahwinkan kepada orang yang menyelamatkan geliung itu.
Beberapa hari kemudian, anak kapal diminta mengambil air dan kayu api.  Anak kapal lain telah pergi ke pulau untuk mengambil air dan kayu bakau. Sebaliknya Awang Sulung Merah telah berkayuh ke tengah laut untuk mengambil air laut dan membawa balik batang nipah. Setelah itu Tuan Puteri minum air laut itu dan mendapati bahawa air yang masin itu telah bertukar menjadi air yang manis.
Tuanku Nakhoda Tua menghimpun semua anak kapal lalu mengumumkan bahawa sesiapa yang berjaya menyelamatkan  baginda, puteri baginda dan geliung itu daripada bajak (lanun) ketika meredah kawasan Laut Sekona Lingga itu dikahwinkan dengan puteri baginda .
Ketika melintasi perairan Pulau Salah Nama, kumpulan lanun telah menyerang geliung itu. Semua anak kapal telah melarikan diri untuk menyelamatkan diri sendiri.  Tuan Puteri menyuruh Si Kembang Cina untuk meminta  bantuan Awang Sulung Merah. Awang Sulung Merah merajuk. Tuan Puteri pun menyuruh Si Kembang Cina menyediakan air limau dan sabun kepada Awang Sulung Merah. Setelah mandi, Awang Sulung Merah kelihatan kacak dan berseri-seri.  Ketika lanun ternampak Awang Sulung Merah mereka mengenali penghulu mereka lalu meminta ampu. Semua lanun telah menyerahkan semua dinar emas kepada Awang Sulung Merah untuk melangsaikan hutang kepada Datuk Batin Alam.  Semua lanun pun undur dari situ.
Sekali lagi jurumudi itu mencabut kerisnya dan menikam ayam lalu mengatakan bahawa dialah yang mengalahkan bajak  dan menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua berasa gembira lalu hendak mengahwinkan Puteri  Dayang Seri Jawa dengan jurumudi itu. Tuan Puteri memarahi ayahandanya lalu menjelaskan keadaan yang sebenarnya.  Akhirnya Tuanku Nakhoda Tua  mengadakan kenduri secara besar-besaran dan mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Awang Sulung Merah.
Setelah beberapa ketika kemudian, geliung itu pun belayar hingga Negeri Pati Talak Terengganu.  Bujang Selamat telah dititahkan oleh baginda untuk bertanya tentang tujuan kedatangan rombongan Awang Sulung Merah.  Atas keizinan isteri, Awang Sulung Merah dan anak buah pun diundang ke istana Negeri Pati Talak Terengganu. Awang Sulung Merah dijemput bertaruh dalam sabung ayam. Setelah Awang Sulung Merah berseru-seru, ayam baginda Kinantan Suci telah berjaya menewaskan ayam Bujang Selamat.

komsas tingkatan 4-pantun empat kerat (BUDI)

Pantun Empat Kerat (BUDI)
1) Maksud
Rangkap 1: Sekiranya kita tidak mengenang budi, nama baik kita juga tidak akan disebut.

Rangkap 2: Adat di dunia telah membuktikan bahawa manusia berbudi meninggalkan nama selepas mati.

Rangkap 3: Walaupun budi yang sedikit, namun budi sedikit ini tidak akan hilang dan tetap dikenangi.

Rangkap 4: Budi orang yang kita terima ibarat hutang seribu tahun.

2) Tema: budi yang baik akan dikenangi orang.

3) Persoalan: Jika kita tidak mengenang budi, nama baik kita juga tidak akan diingati / sudah menjadi adat dunia bahawa orang yang mati akan meninggalkan nama / budi yang diterima akan menjadi kenangan selama-lamanya / budi walaupun sedikit tetap diingati pada bila-bila masa.

4) Gaya Bahasa
a) sinkof (perkataan singkat) "tak"
b) anafora (pengulangan kata) "anak" pada beberapa baris

5) Nilai Murni
a) Mengenang budi - orang yang berbudi akan diingati sehingga ke dunia akhirat
b) Berterima kasih 

6) Pengajaran
a) Kita perlu berterima kasih terhadap orang yang berbudi kepada kita.
b) Kita mesti mengenang budi baik seseorang walaupun sedikit.



Latihan:
1. Apakah maksud dengan rangkap pantu "Budi sedikit bila kan hilang; Itu menjadi kenang-kenangan"? (2 markah)

2. Pada pendapat anda, mengapa kita perlu berbudi baik kepada orang lain? (4 markah)

3. Huraikan gaya bahasa yang digunakan oleh penyair terhadap pantun Budi. (3 markah)

4. "Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggalkan nama" Apakah maksud dengan rangkap pantun ini? (2 markah)

5. Pada pendapat anda, bagaimana kita boleh membalas budi terhadap orang yang berbudi kepada kita? (3 markah)

Selamat menjawab. Ilmu kunci kejayaan!

Wednesday 20 April 2011

LANGKAH MENGATASI MASALAH JENAYAH

Remaja sering kali dikaitkan dengan gejala jenayah yang banyak menimbulkan masalah dalam kehidupan masa kini. Vandalisme, gengsterisme dan buli merupakan jenayah yang acapkali didengar melalui media elektronik, media cetak mahupaun percakapan orang ramai. Gejala ini sememangnya menimbulkan pelbagai masalah negatif dan secara langsung mempengaruhi jiwa remaja yang mudah memberontak dan ingin mencuba sesuatu yang biasa mencabar. Adakah gejala ini merupakan satu kebiasaan dan tidak perlu dibanteras? Adakah gejala ini menjadi kebanggaan para remaja kini yang mampu mewujudkan pelbagai kumpulan berhaluan kiri sehinggakan tiada sebarang tindakan diambil? Mungkinkah ini salah satu cara ppergaulan yang diinginkan untuk memupuk semangat perpaduan? Tuntasnya, gejala jenayah ini sememangnya perlu dibanteras dengan segera agar tidak berleluasa seterusnya pelbagai tindakan perlu diambil untuk melupuskan gejala ini daripada kehidupan seharian. 



Usaha yang paling utama dan efisien adalah cara komunikasi dan pergaulan antara ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa khususnya perlu bijak dalam hal mendidk anak agar tidak terjerumus dalam perkara social seperti gejala jenayah ini. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalam mengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yang berkaitan hal agama sejak kecil supaya anak-anak menyedari perkara tersebut sama ada salah atau betul. Janganlah sampai nasi sudah menjadi bubur, barulah ibu bapa kelam kabut untuk mengambil tindakan yang sememangnya amat susah diterima oleh para remaja yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Seterusnya ibu bapa pula tidak seharusnya bersikap lepas tangan dalam mendidik anak-anak disebabkan kesibukan bekerja dan melepaskan tanggungjawab kepada pembantu rumah. Jadi ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka menganggap ibu bapa sering menjadi tempat berlindung dan tempat mengadu masalah. 



Selain itu, antara inisiatif yang dapat kita ambil sebagai langkah mencegah jenayah yang merupakan isu terpenting di negara ini ialah dengan mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Konsep ini merangkumi suatu skop yang sangat besar untuk dibincangkan. Pelbagai langkah telah dilaksanakan dalam proses mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Antaranya ialah dengan pengawalan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Rela, Rukun Tetangga, Polis dan sebagainya dalam usaha memastikan kawasan tersebur bebas daripada kes-kes kecurian, rompakan, rogol, ragut dan sebagainya. Dengan pengawalan daripada pasukan-pasukan tersebut, sekurang-kurangnya dapat menakutkan si penjenayah dari melakukan akiviti mereka dan seterusnya mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Bantuan daripada alat-alat teknologi pada zaman kini dapat membantu kita menyempurnakan konsep bandar dan pekan selamat. Kamera-kamera litar tertutup boleh dipasang sebagai langkah berjaga-jaga. Medium ini dapat menjadi bukti apabila sesuatu kes jenayah berlaku di kawasan tersebut. Sekiranya konsep bandar dan pekan selamat diwujudkan, nescaya terdetik rasa was-was kepada si penjenayah daripada melakukan aktivitinya di kawasan tersebut. Dengan cara ini, konsep bandar dan pekan selamat jelas sekali merupakan usaha yang efektif bagi mencegah jenayah. 



Pengenalan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) kepada pelajar sekolah rendah dan menengah juga merupakan salah satu cara untuk membanteras kes jenayah. Mata pelajaran PSK ini merupakan satu langkah ke arah membentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga berperanan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja. Melalui pengenalan semula mata pelajaran ini, seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan, memahami kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Kesimpulannya, kes-kes jenayah boleh ditangani dengan adanya pengenalan semula mata pelajaran khas yang boleh dipelajari oleh para remaja. 



Selain itu, kerajaan juga boleh memperkasakan ekonomi negara bagi meningkatkan peluang pekerjaan. Bagaimana isu ini dikatakan menjadi usaha untuk mencegah jenayah yang sedang kita bincangkan ? Dengan usaha kerajaan ini, peluang pekerjaan untuk pemuda-pemudi tiang negara dapat ditingkatkan. Perkara ini dikatakan dapat mencegah jenayah kerana antara faktor seseorang melibatkan diri dalam kancah jenayah ialah kerana gagal mendapatkan pekerjaan bagi menampung hidup. Oleh itu, mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam jenayah seperti kongsi gelap, pengedaran dadah, perompak, dan sebagainya. Sekiranya mereka memiliki satu pekerjaan yang tetap, sekurang-kurangnya mereka sudah memiliki penggantungan untuk menampung hidup selain melalui cara yang diharamkan agama mahupun negara. Secara tuntasnya, antara usaha yang boleh dilakukan kerajaan bagi mencegah jenayah di Malaysia adalah dengan memperkasakan bidang ekonomi bagi meningkatkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. 



Di samping itu, kempen-kempen pencegahan jenayah juga boleh diadakan di setiap sekolah. Pelbagai kempen yang kebiasaannya diadakan mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para remaja terutamanya peringkat sekolah rendah. Hal ini demikian kerana pelajar pada tahap ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-kenpem kesedaran yang diadakan di sekolah. Antara kempen pencegahan jenayah yang sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah. Oleh itu, kempen kesedaran sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran para remaja yang sejak kebelakangan ini amat membimbangkan. 



Penubuhan kelab bersifat antijenayah sosial di sekolah merupakan antara modus operandi untuk menangani masalah jenayah yang semakin berleluasa ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) merupakan antara kelab bersifat antijenayah yang ditubuhkan di sekolah. Kelab-kelab seperti ini bukan sahaja mendedahkan keburukan melakukan jenayah malahan menggalakkan pelajar untuk senantiasa melakukan perkara-perkara yang berunsurkan sifat mahmudah seperti tolong-menolong dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kelab bersifat antijenayah sosial dapat didefinisikan sebagai pertubuhan yang mencegah sebarang penjenayahan daripada berlaku dan menjadi lebih parah. Hal ini bersesuaian dengan pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Kegiatan-kegiatan jenayah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja seperti gangsterisme, vandalisme dan buli didapati semakin merosot sejurus selepaspenubuhan kelab-kalab bersifat antijenayah sosial di sekolah. Oleh itu, kelab-kelab bersifat antijenayah sosial haruslah lebih giat dilaksanakan bagi membanteras gejala jenayah di negara ini. 



Natijahnya, terdapat pelbagai usaha yag boleh dilakukan bagi membendung jenaah sosial di negara ini. Semua pihak haruslah berganding bahu membanteras kegiatan jenayah agar aktiviti negatif ini tidak berlarutan dan bertamabh serius lagi. Baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Johor (JPJ) ada mengadakan kawalan jalan raya terutamanya pada waktu malam untuk mengawasi keadaan jalan raya supaya tiada sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang berlaku seperti lumba haram. Tindakan JPJ ini sememangnya wajar dilakukan agar kegiatan jenayah lain dapat dielakkan. Lama-kelamaan, mat-mat rempit enggan berlumba secara haram kerana takut akan tindakan yang bakal diambil oleh pihak berkuasa. Oleh hal yang sedemikian, jenayah-jenayah sosial dapat dikurangkan daripada terus merebak di Malaysia.